senarai post

Tuesday, 26 March 2013

Pencemaran

Alam Sekitar – Pencemaran Air, Udara, Darat dan Bunyi
Pengenalan
Masalah pencemaran bukanlah suatu perkara yang baru di Malaysia. Berlakunya pencemaran telah menyebabkan pelbagai masalah lain terutamanya masalah kesihatan dan ancaman terhadap manusia dan alam sekitar.
Jenis pencemaran
Terdapat empat jenis pencemaran yang utama di Malaysia iaitu pencemaran air, udara, darat dan bunyi seperti yang berikut:
  • Pencemaran DaratAktiviti manusia menyebabkan berlakunya pelbagai jenis pencemaran alam. Sistem pembuangan sampah yang tidak terurus menjadi punca utama pencemaran darat. 
  • Pencemaran UdaraAsap yang dikeluarkan oleh kilang, kenderaan dan pembakaran terbuka mencemarkan udara. Udara menjadi tercemar apabila kandungan gas yang berbahaya seperti karbon monosikda, karbon dioksida, sulfur dioksida, nitrogen dioksida, nitrogen oksida dan ampaian lain memenuhi ruang udara.
  • Pencemaran Air
    Pencemaran air berlaku akibat pembuangan sampah sarap dan sisa toksid dari kawasan perindustrian dan kawasan perumahan ke dalam sungai dan laut. Tumpahan minyak, pembuangan sisa bahan kimia dari kilang, najis ternakan dan racun serangga juga menyebabkan pencemaran ini berlaku.
  • Pencemaran Bunyi
    Pencemaran bunyi terhasil daripada kilang-kilang, kenderaan-kenderaan, alatan eletronik dan kawasan-kawasan dalam pembinaan. Bunyi dari kilang yang terlalu bising akan menyebabkan berlakunya keadaan yang tidak tenteram dan selesa.  
  •  

No comments:

Post a Comment