senarai post

Sunday, 31 March 2013



CARA-CARA MENJADI PELAJAR CEMERLANG


Setiap orang pasti meninginkan kecemerlangan dalam hidup. Begitu juga dengan seseorang pelajar. Sebagai seorang pelajar kecemerlangan dalam pelajaran merupakan matlamat yang ingin dicapai. Mereka sudah semestinya ingin mencapai keputusan cemerlang dalam setiap peperiksaan seperti UPSR, PMR, SPM dan juga STPM. Persoalannya, adakah kecemerlangan itu boleh datang dengan sendirinya? Beberapa perkara mesti dilakukan oleh seseorang pelajar itu jika dia mahu menjadi pelajar yang cemerlang.
  1. Memiliki Sikap Rajin
            Antara cara-cara menjadi pelajar cemerlang ialah pelajar mesti memiliki sikap rajin. Pelajar mesti rajin membaca buku di sekolah dan juga di rumah. Pelajar juga mesti rajin menyiapkan kerja rumah yang diberikan oleh guru dan mereka perlu bertanya kepada guru jika mereka tidak faham tentang sesuatu perkara atau topic. Apabila peperiksaan, pelajar mesti mengulang kaji pelajaran dengan legih bersungguh-sungguh lagi.
  1. Displin Diri
            Selain itu, pelajar juga mesti mempunyai displin diri yang tinggi. Pelajar mesti menepati masa dan menggunakan masa yang ada dengan sebaik mungkin. Oleh itu, sewajarnyalah pelajar mempunyai jadual belajar yang lengkap dan mereka mesti mematuhi jadual belaar tersebut. Pada masa lapang pula pelajar mesti melakukan aktiviti berfaedah seperti membaca bahan ilmiah dan melayari internet bagi menambahkan lagi pengetahuan mereka.
  1. Menghormati Ibu Bapa Dan Guru
            Jika pelajar ingin cemerlang dalam pelajaran, pelajar mestilah sentiasa menghormati ibu bapa dan guru-guru. Pelajar juga mesti mendengar nasihat ibu bapa dan guru-guru. Pelajar mesti menerima teguran ibu bapa dan guru-guru dengan fikiran yang terbuka dan positif. Pelajar juga mesti menyayangi ibu bapa dan guru-guru agar pelajar juga akan sentiasa disayangi dan diberkati.
  1. Aktif Dalam Kokurikulum
            Di samping itu, pelajar juga mesti aktif dalam aktiviti kokurikulum. Terdapat banyak faedah jika pelajar mengikuti aktiviti kokurikulum. Antara faedahnya ilah pelajar yang menyertai aktiviti kokurikulum akan menjadi cergas dan mereka juga dapat menambahkan pengetahuan serta pengalaman. Selain itu, terdapat pengetahuan dalam bidang kokurikulum yang dapat membantu pelajar semasa menjawab soalan peperiksaan.
  1. Menjaga Kesihatan Diri
            Pelajar yang cemerlang juga akan menjaga kesihatan diri. Sesungguhnya, kesihatan yang baik membolehkan pelajar menumpukan sepenuh perhatian kepada pelajar. Dengan kesihatan yang baik juga, pelajar dapat mengulang kaji pelajaran dengan baik terutama ketika menjelang peperiksaan. Semasa hari peperiksaan pula, pelajar yang mempunyai kesihatan yang baik akan menjawab soalan-soalan peperiksaan dengan baik.

NILAI-NILAI MURNI YANG PERLU DIAMALKAN


Isu nilai-nilai murni sering diperkatakan dalam surat khabar dan televisyen. Isu ini menjadi topik perbincangan yang hangat kerana generasi muda didapati kurang mengamalkan nilai murni dalam kehidupan seharian. Isu ini tidak boleh dipandang ringan dan ia perlu diperbaiki demi kebaikan bersama. Ada beberapa nilai murni yang perlu kita amalkan dalam kehidupan seharian.


Antara nilai murni yang patut kita amalkan dalam kehidupan seharian ialah nilai kebersihan. Kita hendaklah menjaga kebersihan diri dan alam sekitar. Kebersihan diri akan menjadikan hidup kita sihat dan ceria serta menghindarkan kita daripada pelbagai penyakit. Kebersihan alam sekitar pula akan menjadikan Malaysia sebuah negara yang bersih dan cantik sekaligus dapat memajukan sektor pelancongan.


Selain itu, kita juga perlu mengamalkan nilai kerajinan. Sikap rajin akan membolehkan kita mencapal impian dan cita-cita kita. Contohnya, jika kita rajin dalam pekerjaan yang kita lakukan, kita pasti akan cepat dinaikkan pangkat dan mendapat gaji yang lumayan. Oleh itu, jika semua rakyat Malaysia rajin bekerja, pasti Malaysia akan menjadi negara yang maju seperti negara Jepun.

Di samping itu, kita juga perlu mengamalkan nilai hormat-menghormati. Nilai hormat-¬menghormati ini penting bagi rakyat Malaysia kerana rakyat Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum. Setiap rakyat Malaysia mesti menghormati budaya, adat resam, dan agama kaum lain. Sesungguhnya, sikap hormat-menghormati ini akan dapat memupuk perpaduan kaum dan menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang aman.
Kita juga mesti mengamalkan nilai amanah. Orang yang mengamalkan nilai amanah akan mempunyai harga diri yang tinggi. Sikap amanah juga dapat menjadikan kita disukai oleh orang lain kerana orang yang amanah tidak akan melakukan perkara yang negatif seperti mencuri dan rasuah. Jika semua rakyat mengamalkan nilai amanah, pasti negara kita akan bertambah maju dan disukai oleh pelabur asing.

Nilai patriotisme atau semangat cinta akan negara juga patut diamalkan oleh kita. Amalan nilai patriotisme ini akan menjadikan negara Malaysia terus merdeka dan aman. Jika ada musuh yang ingin menakluki negara, kita hendaklah menentang musuh itu dengan sepenuh jiwa dan tenaga. Salah satu cara untuk memupuk nilai patriotisme ini lalah dengan bersama-sama menjayakan Sambutan Hari Kemerdekaan negara pada setiap tahun.

Amalan nilai-nilal murni amat penting dalam kehidupan seharian kerana amalan ini banyak faedahnya. Amalan nilai murni ini perlu dipertingkatkan oleh masyarakat dari semasa ke semasa. Pada pendapat saya, pihak kerajaan perlu melaksanakan kempen kesedaran tentang amalan nilai-nilal murni di stesen televisyen dan radio. Nilai-nilai murni yang diamalkan oleh masyarakat akan menjadikan negara Malaysia aman, tenteram serta maju.

Isu nilai-nilai murni sering diperkatakan dalam surat khabar dan televisyen. Isu ini menjadi topik perbincangan yang hangat kerana generasi muda didapati kurang mengamalkan nilai murni dalam kehidupan seharian. Isu ini tidak boleh dipandang ringan dan ia perlu diperbaiki demi kebaikan bersama. Ada beberapa nilai murni yang perlu kita amalkan dalam kehidupan seharian.

Antara nilai murni yang patut kita amalkan dalam kehidupan seharian ialah nilai kebersihan. Kita hendaklah menjaga kebersihan diri dan alam sekitar. Kebersihan diri akan menjadikan hidup kita sihat dan ceria serta menghindarkan kita daripada pelbagai penyakit. Kebersihan alam sekitar pula akan menjadikan Malaysia sebuah negara yang bersih dan cantik sekaligus dapat memajukan sektor pelancongan.


Selain itu, kita juga perlu mengamalkan nilai kerajinan. Sikap rajin akan membolehkan kita mencapal impian dan cita-cita kita. Contohnya, jika kita rajin dalam pekerjaan yang kita lakukan, kita pasti akan cepat dinaikkan pangkat dan mendapat gaji yang lumayan. Oleh itu, jika semua rakyat Malaysia rajin bekerja, pasti Malaysia akan menjadi negara yang maju seperti negara Jepun.

Di samping itu, kita juga perlu mengamalkan nilai hormat-menghormati. Nilai hormat-¬menghormati ini penting bagi rakyat Malaysia kerana rakyat Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum. Setiap rakyat Malaysia mesti menghormati budaya, adat resam, dan agama kaum lain. Sesungguhnya, sikap hormat-menghormati ini akan dapat memupuk perpaduan kaum dan menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang aman.
Kita juga mesti mengamalkan nilai amanah. Orang yang mengamalkan nilai amanah akan mempunyai harga diri yang tinggi. Sikap amanah juga dapat menjadikan kita disukai oleh orang lain kerana orang yang amanah tidak akan melakukan perkara yang negatif seperti mencuri dan rasuah. Jika semua rakyat mengamalkan nilai amanah, pasti negara kita akan bertambah maju dan disukai oleh pelabur asing.

Nilai patriotisme atau semangat cinta akan negara juga patut diamalkan oleh kita. Amalan nilai patriotisme ini akan menjadikan negara Malaysia terus merdeka dan aman. Jika ada musuh yang ingin menakluki negara, kita hendaklah menentang musuh itu dengan sepenuh jiwa dan tenaga. Salah satu cara untuk memupuk nilai patriotisme ini lalah dengan bersama-sama menjayakan Sambutan Hari Kemerdekaan negara pada setiap tahun.

KEBAIKAN MEMBACA




KEBAIKAN MEMBACA


Isu-isu yang berkatan dengan tabiat membaca kerap dibincangkan dalam televesyen dan surat khabar. Hal ini kerana tabiat membaca di kalangan masyarakat masih  lagi rendah. Terdapat beberapa kebaikan mengamalkan tabiat membaca.

   1. Menambahkan Pengetahuan 
Antara kebaikan membaca ialah kita dapat menambahkan pengetahuan. Bahan-bahan yang boleh kit abaca untuk menambahkan pengetahuan ialah buku, majalah dan surat khabar. Pengetahuan yang kita perolehi daripada pembacaan boleh digunakan untuk menjalani kehidupan seharian. Sebagai contoh, pengetahuan kita tentang pemakanan seimbang membolahkan kita mengamalkan pemakanan seimbang dan gaya hidup yang sihat agar tubuh kita akan menjadi sihat.

  1. Mengisi Masa Dengan Berfaedah
Selain itu, membaca juga membolehkan kita mengisi masa lapang dengan aktiviti yang berfaedah. Setiap orang memiliki masa lapang pada setiap hari. Jika kita tidak menggunakan masa lapang yang kita miliki dengan baik, kita akan rugi. Oleh itu, ibu bapa perlu mendorong anak untuk membaca apabila ada masa lapang dan sebaik-baiknya ibu perlu membaca bersama anak-anak.
  1. Mencerdaskan Minda
Kebaikan lain aktiviti membaca ialah dapat mencerdaskan minda kita. Malalui pembacaan, minda akan memproses maklumat yang dibaca dan  dapat mengingat apa yang dibaca dalam jangka masa yang lama. Rangsangan pada minda ini njuga akan mencerdaskan minda kita. Minda yang cerdas akan dapat mengeluarkan idea-idea baru dan dapat berfikir dengan lebih kreatif dan kritis.
  1. Lulus Dalam Peperiksaan Cemerlang
Di samping itu, dengan membaca juga membolehkan seseorang pelajar lulus dalam peperiksaan dengan cemerlang. Terdapat beberapa mata pelajaran yang memerlukan pelajar banyak membaca seperti mata pelajaran Sejarah, Geografi dan Bahasa Malaysia. Dengan banyak membaca, pelajar akan dapat mengingati dan memahami sesuatu topic atau tajuk dengan baik. Pelajar yang lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan akan berpeluang melanjutkan pelajaran ke tahap yang lebih tinggi.
  1. Memupuk Nilai-Nilai Murni
Kebaikan membaca seterusnya ialah kita dapat memupuk nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian. Nilai-nilai murni ini terpupuk dalam diri secara tidak langsung atau secara tidak langsung. Nilai-nilai murni yang akan terpupuk dalam diri ialah nilai menghargai masa dan kerajinan. Sikap rajin membaca ini juga akan menjadi contoh kepada orang lain dan secara tidak langsung dapat merangsang orang lain untuk turut sama mengamalkan budaya membaca.

JANGAN MARAH


Menurut riwayat, ada seorang Badwi datang menghadap Nabi s.a.w. dengan maksud ingin meminta sesuatu  pada Baginda. Nabi s.a.w. memberinya, lalu bersabda, “Aku berbuat baik kepada mu.” Badwi itu berkata, “pemberianmu tidak baik padamu.” Para sahabat rasa tersingguing, lalu mengugutnya dengan marah, namun Nabi memberi isyarat agar mereka bersabar.
Kemudian Nabi s.a.w. pulang ke rumah. Nabi kembali dengan membawa barang tambahan untuk diberikan kepada Badwi itu. Nabi bersabda pada Badwi itu, “Aku berbuat baik pada mu?” Badwi itu berkata, “Ya, semoga Allah membalas kebaikan uan, keluarga dan kerabat.”
Keesokan harinmya, Rasulullah s.a.w. bersabda kepada para sahabatnya, “Nah, kalau pada waktu Badwi itu berkata yang sekasar itu engkaui dengar, kemudian engkau tidak bersabar dan engkau membunuhnya, maka ia pasti masuk neraka. Namun, kerana saya bimbing dengan baik, maka ia selamat.” Beberapa hari selepas itu, si Badwi bersedia untuk di beri perintah bagi melaksanakan tugas penting yang berat mana sekali pun. Dia juga turut dalam medan jihad dan melaksanakan tugasnya dengan taat dan redho.
Rasulullah s.a.w. memberikan contoh kepada kita tentang berlapang dada. Ia tidak marah menghadapi kekasaran seorang Badwi yang memang demikianlah karekternya. Kalaupun saat itu dilakukan hukuman terhadap si Badwi itu , tentu hal itu bukan satu kezaliman, namun Rasulullah s.a.w. tidak berbuat demikian.
Baginda tetqap sabar menghadapinya dan memberikan sikap yang ramah dan lemah lembut. Pada saat itulah, Nabi Muhammad s.a.w. ingin menunjukkan pada kita bahawa kesabaran dan lapang dada lebih tinggi nilainya dari pada harta benda yang bertimbun. Harta, saat itu, ibarat sampah yang berlonggok yang di pakai untuk makanan unta yang ganas. Tentu saja, unta yang telah mendapatkan keperluannya akan dengan mudah dapat dijinakkan dan boleh di gunakan untuk menempuh perjalanan jauh.
Adakala, Rasulullah s.a.w. juga marah, Namun, marahnya tidak melampaui batas kemuliaan. Itu pun Baginda lakukan bukan kerana masaalah peribadi melainkan kerana kehormatan agama Allah.
Rasulullah bersabda:”Memaki hamun orang Mukmin adalah fasik(dosa) dan memeranginya adalah kufur (keluar dari Islam).”(riwayat Bukhari).
Sabdanya lagi: “Bukanlah seorang Mukmin yang suka mencela, pengutuk, kata-katanya keji dan kotor.” (riwayat At Tarmizi)
Seorang yang mampu mengawal nafsu ketika marahnya memuncak, dan mampu menahan diri dikala mendapat ejekan maka orang seperti inilah yang diharapkan menghasilkan kebaikan dan kebajikan bagi dirinya mahupun masyarakatnya.

Saturday, 30 March 2013

Jenis-Jenis Bunga Di Malaysia


Jenis- jenis bunga yang terdapat di Malaysia

Bunga Mawar                            









Bunga Matahari                                










Bunga Refleksia
        

 Bunga Kemboja                         


Bunga Teratai                           



Bunga Kekwa










Bunga Dahlia

                                                             









Tuesday, 26 March 2013

Pencemaran

Alam Sekitar – Pencemaran Air, Udara, Darat dan Bunyi
Pengenalan
Masalah pencemaran bukanlah suatu perkara yang baru di Malaysia. Berlakunya pencemaran telah menyebabkan pelbagai masalah lain terutamanya masalah kesihatan dan ancaman terhadap manusia dan alam sekitar.
Jenis pencemaran
Terdapat empat jenis pencemaran yang utama di Malaysia iaitu pencemaran air, udara, darat dan bunyi seperti yang berikut:
  • Pencemaran DaratAktiviti manusia menyebabkan berlakunya pelbagai jenis pencemaran alam. Sistem pembuangan sampah yang tidak terurus menjadi punca utama pencemaran darat. 
  • Pencemaran UdaraAsap yang dikeluarkan oleh kilang, kenderaan dan pembakaran terbuka mencemarkan udara. Udara menjadi tercemar apabila kandungan gas yang berbahaya seperti karbon monosikda, karbon dioksida, sulfur dioksida, nitrogen dioksida, nitrogen oksida dan ampaian lain memenuhi ruang udara.
  • Pencemaran Air
    Pencemaran air berlaku akibat pembuangan sampah sarap dan sisa toksid dari kawasan perindustrian dan kawasan perumahan ke dalam sungai dan laut. Tumpahan minyak, pembuangan sisa bahan kimia dari kilang, najis ternakan dan racun serangga juga menyebabkan pencemaran ini berlaku.
  • Pencemaran Bunyi
    Pencemaran bunyi terhasil daripada kilang-kilang, kenderaan-kenderaan, alatan eletronik dan kawasan-kawasan dalam pembinaan. Bunyi dari kilang yang terlalu bising akan menyebabkan berlakunya keadaan yang tidak tenteram dan selesa.  
  •